Antara KAWAN dan LAWAN

 
salam guys..
so..how are you today??
sihat ??
ok blog ku sayang..
hari ini kyna na share sikit
pasal kawan dan lawan??
korang boleh bezakan tak 
kawan tu ape ..
lawan tu ape??
 so ikuti entri kyna ni sampai abis keyh..
Sepanjang kehidupan kita bakal bertemu dengan ramai orang. Mereka datang pelbagai bentuk dan rupa, hitam putih, tinggi rendah, kurus gemuk dan cantik hodoh.

Mungkin secara puratanya kita bertemu atau berkenalan dengan lebih dari 100 orang setahun. Mereka yang kita temui ini sebenarnya mempunyai klasifikasi yang berbeza. Ada yang hanya kita temui sekali dalam kehidupan dan kemudiannya tidak bertemu lagi. Ada yang kita temui itu hanyalah melalui perbualan di gagang telefon. Ada yang menjadi kawan, kawan baik, adik angkat, kakak angkat, sahabat, kekasih dan sebagainya tak kurang juga yang menjadi musuh. Cuba anda ingatkan kembali semasa anda bersekolah rendah dahulu, berapa ramaikah yang masih lagi anda hubungi? kyna percaya mungkin hanya tinggal seorang dua sahaja ke saat ini kerana mereka telahpun mengambil haluan masing-masing dan kita sendiri tak tahu di mana mereka berada pada waktu ini.

Kalau difikirkan kembali entah berapa ramai kawan yang kita temui dalam hidup ini tetapi tidak menjadi sahabat. Untuk mengenali seseorang itu sebenarnya mengambil masa yang lama tetapi ada juga diantara kita yang    mudah mempercayai seseorang walaupun hanya beberapa jam sahaja bertemu. Kata-kata kawan makan kawan selalu kita dengar tetapi kyna percaya kita tak pernah bertemu dengan kata-kata sahabat makan sahabat.

Dalam hal ini, kita boleh jumpa ramai kawan tetapi sebenarnya amat sukar untuk kita mencari seorang sahabat. Kawan boleh bertukar menjadi lawan. Lawan dah sememangnyalah lawan. Apapun klasifikasinya mereka tetap merupakan aset bagi kita samaada dalam bentuk teladan, pemangkin atau pemberi iktibar.

Salah satu ciri utama seorang sahabat ialah seorang sahabat yang baik akan menegur kesilapan yang kita buat. Kadang-kadang ada seseorang yang menegur kesilapan kita tetapi kita memberikan reaksi negatif lalu terus membenci mereka. Dalam hal ini kita sepatutnya menerima teguran tersebut dengan hati terbuka dan melakukan perubahan sekiranya perlu tentang kesilapan yang kita lakukan itu. Inilah salah satu lagi tanda yang kawan anda itu mempunyai nilai-nilai seorang sahabat.

Katalah di dalam sebuah kelas Tieha tertinggalkan hand phone yang mahal dan seorang Pengawal nampak Mila adalah orang terakhir yang meninggalkan kelas tersebut. Pengawal itu menuduh Mila yang mengambil hand phone itu kerana beliau orang terakhir yang meninggalkan kelas itu. Sekiranya Mila mempunyai sifat seorang kawan anda mungkin akan berkata ada kemungkinan Mila yang mengambilnya tetapi sekiranya Mila mempunyai nilai seorang sahabat yang tahu hand phone itu bukan haknya dan tak mahu mengotorkan jiwa dengan membuat dosa maka anda pasti akan menafikan sekeras-kerasnya atas tuduhan yang dikenakan pada mila. Inilah antara perbezaan antara kawan dengan sahabat yang boleh kyna simpulkan.


Mengetahui klasifikasi antara kawan, sahabat dan lawan akan dapat membantu kamu mengelakkan permasalahan yang bersifat perhubungan dengan sahabat handai. Mereka yang berkahwin dengan perempuan yang mempunyai sifat-sifat seorang sahabat akan mendapat isteri yang baik dan taat kepada suaminya manakala mereka yang mempunyai ramai sahabat pula akan dapat menjalankan kehidupan dengan baik dengan sokongan padu lagi berterusan dari mereka-mereka yang bergelar sahabat ini.

ok guys..
kyna harap korang bace ni sampai habis..
sebab ia memang berkaitan dengan kehidupan seharian kita..
kyna berhenti entri kyna kt sini dlu..
jumpa lagi..

^_^


TERIMA KASIH BACA ENTRY KYNA KOMEN LIKE DAN FOLLOW YEA ^_^






THIS BLOG FULLY DESIGNED BY THIS GIRL!!ALL RESERVED BY KYNA LOVETTA ^__^