KISAH CINTA BUTA

 

salam guys..
ok hari ni kyna na cita pasal cinta buta??
korang tahu ape itu cinta buta??
cinta buta ni ade banyak la..
tp cerita yg kyna na bg ni..
ade satu je..
bace ok.. ^^

suatu hari..seorang anak tanya kepada ibunya..

anak : ibu..cikgu kt sek selalu cakap cinta itu buta..
          cinta itu buta itu ape ibu ??

ibu : cinta buta tu ada banyak nak....

anak : contoh ibu ?? 

ibu pun menyuruh anak nya baring di atas ribanya..
anak pn menurut saja arahannya..
 dan si ibu terus menceritakan kepada si anaknya yang sudah meningkAT dewasa..

Ada dua pasangan yang sedang bercinta. Bagaimanapun mereka ditimpa halangan yang sangat menduga kesabaran dan keutuhan perhubungan mereka.

Si lelaki seorang yang buta, cacat penglihatan. Sudahlah begitu, dia dibenci masyarakat kerana kecacatannya. Namun demikian, kekasihnya tetap menyintai dan menyayangi teman lelakinya itu seikhlas hatinya. Kekasihnya tidak mempedulikan apa kata-kata orang lain terhadapnya, hanya kerana dia bercinta dengan orang yang tidak sempurna anggota badan.

"Biarlah apa kata mereka, cinta kepada abang tak akan putus. Jangan kita kalah hanya kerana tekanan mereka yang dengki."

Ikrar si wanita.

"Terima kasih sayang. Abang berjanji, jika abang dapat melihat kembali, abang akan bawa adik hidup bersama-sama. Kita bina rumahtangga bahagia."

Itu janji si lelaki.

Doa si lelaki termakbul juga. Apa yang dihajati tercapai. Dia akhirnya mampu melihat dunia. Siapa yang tidak gembira bilamana nikmat yang selama ini tidak dapat dirasa, diperolehi semula. Dia berasa seolah-olah telah dilahirkan semula.

"Inilah masanya." Si lelaki teringat kembali janji yang dilafazkan kepada kekasih hatinya.

Alangkah terkejutnya. Betapa dia sangat-sangat tidak menyangka, kekasih yang selama ini dicintai dan mencintainya sepenuh hati itu rupa-rupanya seorang yang buta. Segala apa yang dia impikan umpama kaca yang telah hancur berkecai terhempas di atas batu. Sedih tidak terkata, kecewa dan hampa.

"Nampaknya doa abang sudah dimakbulkan. Syukur Alhamdulillah. Apakah abang masih sudi untuk menikahi saya?"

Soalan itu dirasakan seperti panahan petir. Sangat perit dan berbisa. Si lelaki amat terganggu dengan soalan tersebut.

"Kamu, tolong pergi dari sini. Pergi jauh-jauh, jangan biar aku nampak kamu, sampai bila-bila pun."

"Kenapa abang kata begitu?"

"Tolonglah, jangan tanya apa-apa lagi. Cukup jelas, aku katakan di sini, kau dan aku tiada apa-apa hubungan. Sekali lagi, tolong pergi dari sini!"

Si wanita, dalam terkilan dia cuba menelan segala apa yang diluahkan oleh insan yang pernah menyayanginya. hatinya berat untuk menerima, namun apakan daya, itulah harga yang terpaksa dibayar olehnya. Sebelum melangkah pergi, dia sempat berpesan kepada lelaki yang menghalaunya, dimulai dengan senyuman, dia berkata;

"Terima kasih atas apa yang telah abang berikan selama ini. Cuma satu yang saya minta, saya harap abang jagalah mata saya sebaik-baiknya. Saya mohon undur diri."


anak : ibu,siannya perempuan itu.. sanggup berkorban apa sahaja..

ibu : betul tu.. nanti anak jgn buat begitu..hargai la seadanya..

anak : Laki tu jahatnya ibu

ibu : dia bukan jahat tapi lupa diri.. 

anak : itu la cinta buta yea ibu..

ibu : iya anak.. kerana EGOIS si lelaki lupa diri dan tidak nampak cinta di hadapannya..sebab dahulunya dia buta...

lantas si anak mencium dahinya ibunya..
ibunya menangis lalu memeluk anak nya..
lalu bertanya lagi..
anak : kenapa ibu tak bole melihat ?

ibu : kerana ibu pernah memberikan mata ibu kepada lelaki itu..dan ibu telah buta..
lantas anak sekali lagi mencium ibunya..
dan si anak berkata.. 
lelaki yang tidak menghargai ibu ade la lelaki yang paling buta cintanya...



 

TERIMA KASIH BACA ENTRY KYNA KOMEN LIKE DAN FOLLOW YEA ^_^

Tiada ulasan:






THIS BLOG FULLY DESIGNED BY THIS GIRL!!ALL RESERVED BY KYNA LOVETTA ^__^